Saturday, 26 December 2015

Melancong ke Vietnam secara bajet

Vietnam adalah satu destinasi popular bagi rakyat malaysia di mana Ho Chi Minh atau Saigon merupakan destinasi yang paling popular kerana jarak penerbangan yang dekat dan murah. Blog kali ini menceritakan pengalaman saya melancong ke Bahagian Tengah dan Utara Vietnam secara bajet. Da Nang dan Hanoi Dua destinasi ini disebut dan dipilih kerana percutian saya kali ini kerana ketibaan melalui Da Nang dan pulang ke Malaysia melalui Hanoi. Namun demikian ianya turut melibatkan 3 lagi destinasi yang menarik iaitu Hoi Ann, Hue dan Sapa

Persiapan Awal.
Pemilihan Penerbangan. Kali ini saya menggunakan Air Asia kerana Harga yang menarik iaity RM199 pergi ke Da Nang dan RM4300 pulang ke Malaysia melalui Air Asia. Penerbangan Malaysia Airline tiada laluan ke Da Nang

Matawang.
Rata rata bloggers menyarankan agar penukaran matawang sebaik baiknya dibuat di Malaysia kerana kadar tukaran yang lebih baik. Tepati bagi saya di negeri negeri tertentu seperti Indonesia dan Vietnam saya dapati jika dibuat `homework' terlebih dahulu ianya lebih baik. Contohnya kadar tukaran wang Indonesia melalui pengurup di KL RM1: 3450 rupiah, sedangkan kadar di Bandung RM1:3550. Keadaannya yang sama di bandar bandar lain di Indonesia. Bezanya kita harus tahu di mana tempat pengurup yang menawarkan kadar yang baik.... tanyalah Pak Supir. Kalau di Vietnam kadar tukaran di Money Changer adalah lebih mahal dari Malaysia tetapi jika di tukar di kedai emas, kadarnya pula jauh lebih baik daripada Malaysia... pelik kan?
Denominasi Dong adalah dalam bentuk  1,000, 2,000, 5,000; 10,000, 20,000, 50,000, 100,000 dan 200,000 Dong. Pastikan untuk elak kekeliruan ASINGKAN wang 500,000 dari yang lain lebih lebih lagi ianya hampir serupa wang 20,000.Jika perlu keluarkan wang ATM pastikan Bank SCB atau Vietcong Bank kerana caj yang dikenakan adalah VND20,000 berbanding bank lain sebanyak VND50,000 (tidak termasuk bank fee di Malaysia)

Denominasi 500k dengan 20K dan 100k dengan 10K nampak lebih kurang sama

Penginapan
Agoda selalu menjadi pilihan pertama saya kerja biasanya lebih murah berbanding Booking.com (sebenarnya kepunyaan syarikat yang sama) dan ada mata kredit.Saya dapati kebanyakan hotel 3 bintang menyediakan penginapan yang baik malah melebihi standard hotel 4 bintang di Malaysia. Harganya pula adalah lebih murah.
Teknik memilih, saya selalu susun mengikut customer review and filter hotel 1,4 dan 5 bintang, Sek kan user review kepada 7+ kerana hotel2 begini memberikan kemudahan yang selesa.
Kemudian pastikan ianya di lokasi yang baik dengan mengambil kira kemudahan pengangkutan, akses, tempat makan atau kedai berhampiran. Kalau dalam kawasan berjalan kaki adalah lebih baik. Semua ini boleh di lihat di ruangan User Review di Agoda ataupun Booking.com
Seterusnya baca review  yang terkini kerana kadanglah walaupun skor nya baik, tetapi mungkin pada masa itu ianya sedang dibaikpulih, masalah air dan sebagainya.
Kalau kita memilih utk menginap selama 3 hari, sebaik baik nya pecahkan tempahan anda kepada satu hari kerana harga dipukal berdasarkan harga tertinggi harian.

Da Nang.
Da Nang merupakan sebuah bandar tepi pantai yang pesat membanngun. Terletak di bahagian utara Vietnam ianya suatu masa dulu adalah antara kem tentera Amerika yang terbesar semasa perang vietnam.Bagi pengunjung Malaysia Da Nang bukanlah merupakan destinasi yang menarik melainkan pantainya dengan ombak besar yang bergelora. Jadi apa yang menariknya di Da Nang ini? Kami menetap di hotel Area 1 Danang yang terletak di tepi pantai My Khe Beach. Ianya lebih mudah bagi kami ke destinasi seterusnya Hue City sebuah bandar bersejarah dengan menggunakan keretapi. Dari Airport kami terus ke Chu Hotel , di Bac Ma Ang Beach, Da Nang yang terletak lebih kurang 10-15 minit perjalanan menggunakan Teksi.

Pengangkutan
Pastikan gunakan Teksi My Linh atau Vina Sun yang pastinya lebih berdisiplin menggunakan meter. Prestasi teksi disini jauh lebih buruk daripada KL jadi pastikan mereka menggunakan meter dan itupun kalau mereka dan bawa Le Tour De Danang huhu. Tambang ke bandar adalah lebih kurang VND80,000 -100,000 (RM30) tidak termasuk airport parking fee VD10,000. Terdapat kaunter teksi di bahagian luar bangunan airport, beliau akan menulis destinasi anda di atas kertas dan itupun pastikan pemandu gunakan meter. Kami memilih Hotel Chu yang terletak di tepi pantai, berbanding hotel hotel di dalam bandar. Bagi mereka yang tidak banyak masa sebaik baiknya terus ke Hoi An, kadar teksi adalah lebih jauh iaitu VND350,000-500,000 .... atau jika seorang dua gunakan shuttle bus dengan 45-60 minit perjalanan. Tambang sehala adalah VND120,000. Kami menggunakan shuttle bus dari Hotel kami di Danang ke Hoi Ann dengan kadar 120,000 (shuttle daripada airport sebenarnya dan ia diuruskan melalui hotel kami)
Menunggu Teksi di Hujung Kanan (gambar)

























Danang ke Hoi An Shuttle bus (kadar sehala VND110,000 - 2014)

Kami selalu gunakan waze atau google map dan tunjukkan destinasi kepada pemandu teksi untuk memastikan laluan adalah yang betul, sekurang kurangnya dia tahu kami menggunakan GPS. Tekis Vietnam memang terkenal dengan muslihat nya

















Hoi An
Terletak kira kira 30km di selatan, Bandar Hoi An merupakan satu destinasi pelancongan yang amat menarik. Bandar ini adalah sebuah bandar tua yang terkenal dengan terusan airnya dan juga bangunan lama seperti di Melaka. Malah saya rasa ia lebih cantik lagi. Kalau yang dah pernah pergi Amsterdam ia dikatakan sebagai Amterdam of Asia.Hoi Saya kategorikan ianya sebagai `must visit'. Ia nya sebaiknya dilawati pada waktu petang dan semestinya pada sebelah malam kerana sungainya diterangi dengan lilin.


Hoi An pada waktu malam, memang cantik dan unik


Pekan bersejarah Hoi An, juga terkenal dengan destinasi penggambaran wedding photo
Photo credit http://offshegoes.com/photo-focus-hoi-an-vietnam/
Semasa di Hoi An kami menginap di Hotel 2 bintang di Nova Villa Hoi An (Customer review 9.3) terletak betul betul tepi sungai di Old Quarter. Harga sekitar RM90-120 semalam (

Dari Hoi Ann destinasi seterusnya adalah ke Hue, sebuah kota lama yang pernah menjadi ibu negeri Vietnam pada awal abad ke 13. Anda boleh menggunakan bas ekspress ke Hoi An dengan harga yang murah USD15. Pastikan pilih sleeper bus (baring-lihat gambar)

Makanan Halal
Di Vietnam tengah dan utara makan halal memang susah nak cari tapi ada. Google adalah panduan yang paling baik :). Kalau yang tak biasa ...contoh search : muslim Halal food "da Nang" 2014 . Kalau di Hoi An, Muslim Halal Food "hoi An" 2015

Tapi untuk dapat maklumat yang lebih terkini dan komen pengguna saya tambah perkataan "forum" ataupun tripadvisor. Biasanya di tripadvisor ada banyak komen komen pengguna.

Antara blog  berkenaan makan halal di vietnam adalah :
http://gohalalvietnam.com/about-gohalalvietnam/
http://www.vietnammuslimtour.net/halal-food

Saya selalunya gunakan http ibrahim makanan dalam tin dot com dan mee maggy dot com :)

Da Nang ke Hue (next episode)

Kami sebaliknya menggunakan keretapi dari Da Nang ke Hue, yang saya rasakan pengalaman yang cukup menarik. Rujuk blog berikutnya:

Hoi Ann - Balik ke Da Nang
Da Nang - Hue (keretapi rakyat/pagi) - 1 malam di Hue
Hue - Hanoi - Keretapi malam (kabin bilik tidor)
Hanoi - Hua Long Bay (1 malam di Ha Long)
Hanoi - Sapa (keretapi malam - kabin tidor)
Sapa- Hanoi (1 mlm di Sapa)

Bagi mereka yang bercadang bercuti ke utara Vietnam, di bawah adalah panduan itinerari dan ini adalah jumlah hari minima bagi melawat tempat tempat berkenaan atau sangat subjektif :)

CADANGAN 1
Hari 1 : KL-Danang (pagi/thari) - Pilihan 1 (Menginap di Da Nang dan day trip ke Hoi An)
Hari 2 : Bersiar di Pantai Danang
             Day trip ke Hoi Ann dan balik ke Da Nang pada jam 10.00mlm (shuttle bus)

CADANGAN
Hari 1 : KL- Danang dan terus ambil shuttle bus ke Hoi Ann (Pastikan menginap di kawasan Old Quarter /berhampiran Sungai)
Hari 2 : City Tour

Hari 3 : Hue ke stesen keretapi Da Nang (ambil shutte bus turun di bandar/Teksi ke Stesen Keretapi
             Naik Keretapi Siang ke Hue (pastikan tingkap di sebelah kanan kerana lautan di sebelah      kanan)
             Keretapi jam 12.46 thari. Tiket boleh di beli semasa di stesen atau tempah melalui hotel (ada caj)

Hari 4 : Bermalam di Hue
Hari 5:  City Tour dan ambil keretapi malam ke Hanoi
Hari 6 : Free & Easy - City Tour
Hari 7 : Bermalam di Halong Bay
Hari 8 : Kembali ke Hanoi dan ambik keretapi malam ke Sapa
Hari 9 : Trekking di Sapa /bermalam di Sapa
Hari 10: Bus ke Hanoi atau keretapi malam ke Hanoi
Hari 11: Free and easy Hanoi
Hari 11/12: Pulang

Wednesday, 3 April 2013

Drive to Phuket (and Krabi) from Kuala Lumpur Malaysia

Road Trip (Memandu)  ke Krabi dan Phuket

Kalau keadaan jalan baik dan lancar saya suka memandu. Trip memandu saya kali ini adalah ke Krabi dan seterusnya ke Phuket. Jauh perjalanan daripada KL ke Phuket adalah lebih kurang 1000 km !. Tapi kalau ada kemahuan, minat, good company dan `good car' semuanya boleh. Kereta buruk Banyak Makan Wang 728i ni adalah saya anggap sebagai teman saya, walaupun dah berusia lebih daripada 16 tahun! Kalau kaki BMW memang tau kelebihan kereta ni walaupun Banyak Makan Minyak tapi pemanduan yang menyeronokkan.... Blog ini adalah berkenaan memandu ke Krabi atau Phuket secara bajet :)

Kami memulakan perjalanan kami dari KL pada jam 10 pagi dan singgah di Sungai Petani pada jam 3 petang. Satu perjalanan yang membosankan kalau dah selalu drive di PLUS lebih lebih lagi jalan tersangkut sangkut kerana kereta yang banyak semasa Hari Pertama Tahun Baru Cina ini. Setelah break journey selama 1 malam di kampung kami tiba di Bukit Kayu Hitam pada jam 2 tengahhari. Di sini masa terbuang selama hampir 1 jam kerana imigresen Siam. Silapnya isteri saya tak hulur RM1 kat pegawai Imigresen kalau tidak memang tak ada masalah... ini tidak macam2 dia tanya dan kena isi balik borang imigresen!. Sebelum merentas pastikan anda penuhkan minyak kenderaan anda di Changlun sehingga maksima kerana harga minyak di Siam adalah 2 kali ganda lebih mahal! Kalau yang tak biasa memandu ke Siam berikut adalah langkah2 yang harus dibuat:

a. Pastikan ada geran, kalau yang berhutang boleh minta pada Bank kata nak pergi Singapore :) (Yang terkini geran photostat pun ok tapi pastikan ada surat kebenaran tuan punya kenderaan yang original, kalau kereta syarikat mesti termasuk borang 9, 24)

b. Sebelum sampai ke Sempadan, ambil insuran Siam, murah jer tak sampai RM20 untuk seminggu. Dekat kaunter tu boleh minta borang imigresen (white card), tulis siap siap. ( Edit insuran Siam ini utk Public Liability  shj   bermakna kalau berlaku apa2 pada kereta sendiri,  insuran Siam tak tanggung.)  Sebaik baik nya check dgn ajen insuran anda utk pilihan terbaik,  jgn jimat sikit nanti kemudian menyesal)

c. Sebelum sampai border Siam, letak kereta di Tapak Letak Kereta yang terletak di sebelah kiri kompleks imigresen Siam yang ( updated : kompleks baru).  Kali ini penumpang tak perlu turun dan tunggu di kereta.

Pemandu seterusnya  bawa dokumen kereta, insuran termasuk lesen dan jumpa pegawai di Kaunter Custom Clearance si bangunan tersebut.  Sementara itu seorang penumpang kena ambil passengers  magnifest.  Catatkan senarai nama semua penumpang dan simpan sehingga semasa keluar nanti.



d. Setelah dokumen diserahkan mereka akan masukkan data ke dalam sistem dan seterus anda pergi ke kaunter sebelah (bangunan yang sama) dan ambil dokumen/permit siam yang telah dicetak.

e. Dengan dokumen tersebut anda bawa kereta merentasi sempadan  bersama penunpang (Selepas kaunter imigresen anda diarah berhenti di hadapan kaunter Kastam  untuk mereka melihat kembali dokumen kenderaan berkenaan) 

Seterusnya kami singgah di 7eleven di Siam untuk dapatkan Simcard Data kerana lebih jimat menggunakan talian Siam sekiranya anda menggunakan GPS melalui telefon. Kami gunakan Waze dan juga Google untuk bantuan pandu arah. Harganya simcard adalah 100 bath dan 200bath lagi untuk topup. Setelah simcard diganti, kami tetapkan arah perjalanan kami dengan menggunakan Waze ke Krabi sebagai destinasi pertama kami sebelum ke Phuket. Masa yang dianggarkan adalah 4 hingga 5 jam (bergantung kepada cara pemanduan). Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam/Danok ke Krabi adalah melalui jalan yang sama ke Hat Yai tanpa melalui bandar (bypass). Dalam perjalanan ke Hatyai kami singgah di sebuah stall menjual buah buahan di tepi jalan. Kalau di KL harga sekilo dokong adalah RM8 tetapi disini RM10 boleh dapat 3 kilo! (Di Danok atau Hatyai RM4 sekilo pada waktu itu, kalau di KL RM8 sekilo untuk buah yg dah lesu)

Berbekalkan dengan buah dokong kami meneruskan perjalanan ke Krabi  dan tiba di sana lebih kurang jam 6 petang. Pemanduan adalah tidak membosankan kerana suasana jalan yang baik. Rata rata jalannya adalah 4 lorong dan tanpa tol. Kelajuan purata adalah lebih kurang 110KM jam dan kadang kala 140KM sejam. Tak nampak pun Pak Polisi sepanjang perjalanan :)
Jalan 4 lorong tanpa tol disepanjang jalan

Jalan 2 lorong tetapi lancar tak seperti jalan lama Utara Selatan Malaysia
Ada beberapa laluan ke Krabi atau Phuket tapi yang sebaiknya adalah melalui Patthalung dan Trang kerana jalan luas dan tak banyak kenderaan. Gambar di atas adalah menggunakan Waze


Destinasi terbaik di Krabi adalah Pantai Aonang yang terletak lebih kurang 20-30km daripada Pekan Krabi. Untuk break journey kami menetap di Pekan Krabi di City Hotel  yang menawarkan harga yang cukup murah RM50 semalam (New Wing). Untuk Old wing harganya lebih murah. Seperti biasa kami tempah melalui Agoda.com kerana kadar Agoda sentiasa lebih baik daripada website yang lain. Pilihan lain adalah Sawadee.com tetapi semuanya penuh pada waktu itu. Keadaan bilik sekadar cukup syarat untuk rehat semalam dan ianya dalam pusat bandar jadi mudahlah nak bersiar siar. Selepas 4 jam memandu, badan diurut dengan harga rm25 untuk 2 jam adalah 'aktiviti' yang amat melegakan. Selepas itu saya cut and wash rambut di saloon (diseberang pasar malam) dengan harga RM8.00 mana nak dapattttt kat KL camni, kedai mamak pun sekarang RM12 untuk potong rambut kapla.


Di depan hotel terdapat pasar malam dan macam di Malaysia pelbagai barang dijual. Kami seterusnya menjamu selera di Restoran Seafood yang terletak lebih kurang 300 meter daripada City Hotel.

Hidangan siput gonggong. Makanan Laut di Pekan Krabi adalah murah . 1,000 Baths utk hidangan 5 orang!
Keesokan harinya kami terus berangkat ke Phuket (kami akan singgah Pantai Aonang Krabi untuk break journey semasa pulang dari Phuket nanti).

Keadaan jalan antara Krabi ke Phuket adalah lebih baik lagi dan kebanyakannya 2 lorong dan kalau 1 lorongpun tak lah banyak kenderaan. Terdapat beberapa hentian dengan stesen minyak di dalam perjalanan dan saya tertarik dengan kebersihan tandas di hentian tersebut.
Beginilah keadaan stesen minyak & Hentian di lebuhraya mereka, bersih dengan lanskap yang menarik


Masa perjalanan adalah 2 jam sehingga bandar Phuket dan 1/2 jam lagi untuk ke Pantai Patong yang terkenal itu. Pada waktu itu adalah Peak Period dan rata rata harga hotel 4 bintang adalah dalam lingkungan 3000 bath semalam itupun bukan di tepi pantai. Kami menginap di Hotel Casa Del M yang terletak kira kira 500 meter dari Pantai. Lokasi ini tidak sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

 Bagi orang Islam makanan di Patong tidak menjadi masalah di mana terdapat beberapa kedai orang Patani terutamanya berhampiran Masjid Patong. Selain itu juga terdapat banyak penjual penjual jalanan bermotor yang menjual pelbagai makanan seperti pulut, pancake, ayam goreng dsb. Harganya pun tidaklah mahal. Pilihan kami adalah di jalan menuju ke Pantai Kamala di mana terdapat banyak gerai makanan islam dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang di Patong.






Semua penjual di tempat ini adalah orang Islam, ada banyak makanan masakan siam yang menarik. Lokasi adalah berhampiran Patong menuju ke Pantai Kamala

Sebenarnya ini adalah kali ke tiga kami ke Phuket cuma kali ini dengan kenderaan. Banyak kelebihannya apabila ada kenderaan sendiri kerana banyak tempat kami boleh jelajah. Kalau sudah sampai di Patong elok lah bersiar ke Pantai Karon atau Kata yang lebih kurang 10 minit dari Patong. Berbanding Patong, Pantai Karon  lebih aman dan cantik. Semuanya lebih mahal di sini berbanding Patong. Pantai Kamala pula lebih tenang lagi dan kadar penginapan adalah lebih murah. Bagi yang tiada kenderaan alternatif lain adalah menyewa motosikal dengan kadar 180-200 Bath sehari.

Jalan di Phuket agak baik dan berbukit bukit, dan parking bukanlah satu isu melainkan yang nak cari free parking yang betul betul depan pintu kedai :). Kadar parking berbayar adalah tidak mahal antara 5 hingga 10 bath sejam.

Kepada mereka yang ingin bersantai atau mengambil tour ke Pulau James Bond (Phi Phi) dan lain lain tempat menarik, jangan ambil dari hotel kerana harganya 20-50 peratus lebih mahal!. Terdapat ramai ajen yang menjual pakej tour dengan kadar yang menarik iaitu  antara 600-1000bath seorang. Pastikan boat yang digunakan adalah bot besar dan keselamatannya kerana perjalanan selama 1 1/2 jam ini melalui laut dalam.

Satu cara lagi adalah menggunakan feri penumpang ke Phi Phi dengan kadar 600bath pergi balik (termasuk pick up daripada hotel anda)



Di Diamond Cliff Resort and Spa, pemandangan cantik 
Selama 3 hari bermalam di Phuket pelbagai aktiviti menarik kami lakukan di sini, kalau pasal urut badan atau kaki memang sampai habis kulit kena urut :). Malam pula nightlife nya memang menarik. Bagi kaki rock terdapat sebuah pub yang menghidangkan lagu rock. Persembahan penyanyi Mat Saleh dengan band siam di pub tersebut memang hebat. Bagi mereka yang bawa anak kecil cuba elakkan dari jalan Soi Bangla.... banyak perkara censored di sana.

Destinasi kami selepas ini adalah kembali ke Krabi dan kali ini bermalam di Pantai Aonang. Jangka masa perjalanan adalah lebih kurang 1 1/2 hingga 2 jam. Sewa hotel di sini adalah lebih murah berbanding Patong dan suasana agak lebih tenang daripada Patong. Disini lebih ramai pelancong berkeluarga ataupun berusia.

Bazar persisiran pantai Ao Nang, Krabi
Photo kredit http://www.anothertraveler.com/is-it-worth-going-to-ao-nang-beach-krabi-thailand/


Dalam perjalanan keluar dari Phuket kami singgah dan makan Sea Food di restoran yang terletak di tepi pantai yang menarik. Pantai ini terletak betul betul sebelum jambatan keluar ke Phuket. Harga makanan memang murah!
       


Selama hampir seminggu di Thailand, kami kembali ke Tanah Air. Suasana pemanduan yang tenang kembali menyakitkan sebaik sahaja melepasi Sempadan Siam..... hampir 1 jam untuk sampai ke Changlun dan 8 jam lagi untuk ke KL kerana ramai orang telah pulang dari bercuti raya cina...

Adakah kami akan kembali memandu ke Phuket? Jawapan kami YA dan kali ini mungkin ke Koh Samui!