Kalau keadaan jalan baik dan lancar saya suka memandu. Trip memandu saya kali ini adalah ke Krabi dan seterusnya ke Phuket. Jauh perjalanan daripada KL ke Phuket adalah lebih kurang 1000 km !. Tapi kalau ada kemahuan, minat, good company dan `good car' semuanya boleh. Kereta buruk Banyak Makan Wang 728i ni adalah saya anggap sebagai teman saya, walaupun dah berusia lebih daripada 16 tahun! Kalau kaki BMW memang tau kelebihan kereta ni walaupun Banyak Makan Minyak tapi pemanduan yang menyeronokkan.... Blog ini adalah berkenaan memandu ke Krabi atau Phuket secara bajet :)
Kami memulakan perjalanan kami dari KL pada jam 10 pagi dan singgah di Sungai Petani pada jam 3 petang. Satu perjalanan yang membosankan kalau dah selalu drive di PLUS lebih lebih lagi jalan tersangkut sangkut kerana kereta yang banyak semasa Hari Pertama Tahun Baru Cina ini. Setelah break journey selama 1 malam di kampung kami tiba di Bukit Kayu Hitam pada jam 2 tengahhari. Di sini masa terbuang selama hampir 1 jam kerana imigresen Siam. Silapnya isteri saya tak hulur RM1 kat pegawai Imigresen kalau tidak memang tak ada masalah... ini tidak macam2 dia tanya dan kena isi balik borang imigresen!. Sebelum merentas pastikan anda penuhkan minyak kenderaan anda di Changlun sehingga maksima kerana harga minyak di Siam adalah 2 kali ganda lebih mahal! Kalau yang tak biasa memandu ke Siam berikut adalah langkah2 yang harus dibuat:
a. Pastikan ada geran, kalau yang berhutang boleh minta pada Bank kata nak pergi Singapore :) (Yang terkini geran photostat pun ok tapi pastikan ada surat kebenaran tuan punya kenderaan yang original, kalau kereta syarikat mesti termasuk borang 9, 24)
b. Sebelum sampai ke Sempadan, ambil insuran Siam, murah jer tak sampai RM20 untuk seminggu. Dekat kaunter tu boleh minta borang imigresen (white card), tulis siap siap. ( Edit insuran Siam ini utk Public Liability shj bermakna kalau berlaku apa2 pada kereta sendiri, insuran Siam tak tanggung.) Sebaik baik nya check dgn ajen insuran anda utk pilihan terbaik, jgn jimat sikit nanti kemudian menyesal)
c. Sebelum sampai border Siam, letak kereta di Tapak Letak Kereta yang terletak di sebelah kiri kompleks imigresen Siam yang ( updated : kompleks baru). Kali ini penumpang tak perlu turun dan tunggu di kereta.
Pemandu seterusnya bawa dokumen kereta, insuran termasuk lesen dan jumpa pegawai di Kaunter Custom Clearance si bangunan tersebut. Sementara itu seorang penumpang kena ambil passengers magnifest. Catatkan senarai nama semua penumpang dan simpan sehingga semasa keluar nanti.
e. Dengan dokumen tersebut anda bawa kereta merentasi sempadan bersama penunpang (Selepas kaunter imigresen anda diarah berhenti di hadapan kaunter Kastam untuk mereka melihat kembali dokumen kenderaan berkenaan)
Seterusnya kami singgah di 7eleven di Siam untuk dapatkan Simcard Data kerana lebih jimat menggunakan talian Siam sekiranya anda menggunakan GPS melalui telefon. Kami gunakan Waze dan juga Google untuk bantuan pandu arah. Harganya simcard adalah 100 bath dan 200bath lagi untuk topup. Setelah simcard diganti, kami tetapkan arah perjalanan kami dengan menggunakan Waze ke Krabi sebagai destinasi pertama kami sebelum ke Phuket. Masa yang dianggarkan adalah 4 hingga 5 jam (bergantung kepada cara pemanduan). Perjalanan dari Bukit Kayu Hitam/Danok ke Krabi adalah melalui jalan yang sama ke Hat Yai tanpa melalui bandar (bypass). Dalam perjalanan ke Hatyai kami singgah di sebuah stall menjual buah buahan di tepi jalan. Kalau di KL harga sekilo dokong adalah RM8 tetapi disini RM10 boleh dapat 3 kilo! (Di Danok atau Hatyai RM4 sekilo pada waktu itu, kalau di KL RM8 sekilo untuk buah yg dah lesu)
Berbekalkan dengan buah dokong kami meneruskan perjalanan ke Krabi dan tiba di sana lebih kurang jam 6 petang. Pemanduan adalah tidak membosankan kerana suasana jalan yang baik. Rata rata jalannya adalah 4 lorong dan tanpa tol. Kelajuan purata adalah lebih kurang 110KM jam dan kadang kala 140KM sejam. Tak nampak pun Pak Polisi sepanjang perjalanan :)
Jalan 4 lorong tanpa tol disepanjang jalan |
Jalan 2 lorong tetapi lancar tak seperti jalan lama Utara Selatan Malaysia |
Ada beberapa laluan ke Krabi atau Phuket tapi yang sebaiknya adalah melalui Patthalung dan Trang kerana jalan luas dan tak banyak kenderaan. Gambar di atas adalah menggunakan Waze |
Destinasi terbaik di Krabi adalah Pantai Aonang yang terletak lebih kurang 20-30km daripada Pekan Krabi. Untuk break journey kami menetap di Pekan Krabi di City Hotel yang menawarkan harga yang cukup murah RM50 semalam (New Wing). Untuk Old wing harganya lebih murah. Seperti biasa kami tempah melalui Agoda.com kerana kadar Agoda sentiasa lebih baik daripada website yang lain. Pilihan lain adalah Sawadee.com tetapi semuanya penuh pada waktu itu. Keadaan bilik sekadar cukup syarat untuk rehat semalam dan ianya dalam pusat bandar jadi mudahlah nak bersiar siar. Selepas 4 jam memandu, badan diurut dengan harga rm25 untuk 2 jam adalah 'aktiviti' yang amat melegakan. Selepas itu saya cut and wash rambut di saloon (diseberang pasar malam) dengan harga RM8.00 mana nak dapattttt kat KL camni, kedai mamak pun sekarang RM12 untuk potong rambut kapla.
Di depan hotel terdapat pasar malam dan macam di Malaysia pelbagai barang dijual. Kami seterusnya menjamu selera di Restoran Seafood yang terletak lebih kurang 300 meter daripada City Hotel.
Hidangan siput gonggong. Makanan Laut di Pekan Krabi adalah murah . 1,000 Baths utk hidangan 5 orang! |
Keadaan jalan antara Krabi ke Phuket adalah lebih baik lagi dan kebanyakannya 2 lorong dan kalau 1 lorongpun tak lah banyak kenderaan. Terdapat beberapa hentian dengan stesen minyak di dalam perjalanan dan saya tertarik dengan kebersihan tandas di hentian tersebut.
Beginilah keadaan stesen minyak & Hentian di lebuhraya mereka, bersih dengan lanskap yang menarik |
Masa perjalanan adalah 2 jam sehingga bandar Phuket dan 1/2 jam lagi untuk ke Pantai Patong yang terkenal itu. Pada waktu itu adalah Peak Period dan rata rata harga hotel 4 bintang adalah dalam lingkungan 3000 bath semalam itupun bukan di tepi pantai. Kami menginap di Hotel Casa Del M yang terletak kira kira 500 meter dari Pantai. Lokasi ini tidak sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.
Bagi orang Islam makanan di Patong tidak menjadi masalah di mana terdapat beberapa kedai orang Patani terutamanya berhampiran Masjid Patong. Selain itu juga terdapat banyak penjual penjual jalanan bermotor yang menjual pelbagai makanan seperti pulut, pancake, ayam goreng dsb. Harganya pun tidaklah mahal. Pilihan kami adalah di jalan menuju ke Pantai Kamala di mana terdapat banyak gerai makanan islam dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang di Patong.
Semua penjual di tempat ini adalah orang Islam, ada banyak makanan masakan siam yang menarik. Lokasi adalah berhampiran Patong menuju ke Pantai Kamala |
Sebenarnya ini adalah kali ke tiga kami ke Phuket cuma kali ini dengan kenderaan. Banyak kelebihannya apabila ada kenderaan sendiri kerana banyak tempat kami boleh jelajah. Kalau sudah sampai di Patong elok lah bersiar ke Pantai Karon atau Kata yang lebih kurang 10 minit dari Patong. Berbanding Patong, Pantai Karon lebih aman dan cantik. Semuanya lebih mahal di sini berbanding Patong. Pantai Kamala pula lebih tenang lagi dan kadar penginapan adalah lebih murah. Bagi yang tiada kenderaan alternatif lain adalah menyewa motosikal dengan kadar 180-200 Bath sehari.
Jalan di Phuket agak baik dan berbukit bukit, dan parking bukanlah satu isu melainkan yang nak cari free parking yang betul betul depan pintu kedai :). Kadar parking berbayar adalah tidak mahal antara 5 hingga 10 bath sejam.
Kepada mereka yang ingin bersantai atau mengambil tour ke Pulau James Bond (Phi Phi) dan lain lain tempat menarik, jangan ambil dari hotel kerana harganya 20-50 peratus lebih mahal!. Terdapat ramai ajen yang menjual pakej tour dengan kadar yang menarik iaitu antara 600-1000bath seorang. Pastikan boat yang digunakan adalah bot besar dan keselamatannya kerana perjalanan selama 1 1/2 jam ini melalui laut dalam.
Satu cara lagi adalah menggunakan feri penumpang ke Phi Phi dengan kadar 600bath pergi balik (termasuk pick up daripada hotel anda)
Di Diamond Cliff Resort and Spa, pemandangan cantik |
Destinasi kami selepas ini adalah kembali ke Krabi dan kali ini bermalam di Pantai Aonang. Jangka masa perjalanan adalah lebih kurang 1 1/2 hingga 2 jam. Sewa hotel di sini adalah lebih murah berbanding Patong dan suasana agak lebih tenang daripada Patong. Disini lebih ramai pelancong berkeluarga ataupun berusia.
![]() |
Bazar persisiran pantai Ao Nang, Krabi Photo kredit http://www.anothertraveler.com/is-it-worth-going-to-ao-nang-beach-krabi-thailand/ |
Selama hampir seminggu di Thailand, kami kembali ke Tanah Air. Suasana pemanduan yang tenang kembali menyakitkan sebaik sahaja melepasi Sempadan Siam..... hampir 1 jam untuk sampai ke Changlun dan 8 jam lagi untuk ke KL kerana ramai orang telah pulang dari bercuti raya cina...
Adakah kami akan kembali memandu ke Phuket? Jawapan kami YA dan kali ini mungkin ke Koh Samui!