Saturday, 26 December 2015

Melancong ke Vietnam secara bajet

Vietnam adalah satu destinasi popular bagi rakyat malaysia di mana Ho Chi Minh atau Saigon merupakan destinasi yang paling popular kerana jarak penerbangan yang dekat dan murah. Blog kali ini menceritakan pengalaman saya melancong ke Bahagian Tengah dan Utara Vietnam secara bajet. Da Nang dan Hanoi Dua destinasi ini disebut dan dipilih kerana percutian saya kali ini kerana ketibaan melalui Da Nang dan pulang ke Malaysia melalui Hanoi. Namun demikian ianya turut melibatkan 3 lagi destinasi yang menarik iaitu Hoi Ann, Hue dan Sapa

Persiapan Awal.
Pemilihan Penerbangan. Kali ini saya menggunakan Air Asia kerana Harga yang menarik iaity RM199 pergi ke Da Nang dan RM4300 pulang ke Malaysia melalui Air Asia. Penerbangan Malaysia Airline tiada laluan ke Da Nang

Matawang.
Rata rata bloggers menyarankan agar penukaran matawang sebaik baiknya dibuat di Malaysia kerana kadar tukaran yang lebih baik. Tepati bagi saya di negeri negeri tertentu seperti Indonesia dan Vietnam saya dapati jika dibuat `homework' terlebih dahulu ianya lebih baik. Contohnya kadar tukaran wang Indonesia melalui pengurup di KL RM1: 3450 rupiah, sedangkan kadar di Bandung RM1:3550. Keadaannya yang sama di bandar bandar lain di Indonesia. Bezanya kita harus tahu di mana tempat pengurup yang menawarkan kadar yang baik.... tanyalah Pak Supir. Kalau di Vietnam kadar tukaran di Money Changer adalah lebih mahal dari Malaysia tetapi jika di tukar di kedai emas, kadarnya pula jauh lebih baik daripada Malaysia... pelik kan?
Denominasi Dong adalah dalam bentuk  1,000, 2,000, 5,000; 10,000, 20,000, 50,000, 100,000 dan 200,000 Dong. Pastikan untuk elak kekeliruan ASINGKAN wang 500,000 dari yang lain lebih lebih lagi ianya hampir serupa wang 20,000.Jika perlu keluarkan wang ATM pastikan Bank SCB atau Vietcong Bank kerana caj yang dikenakan adalah VND20,000 berbanding bank lain sebanyak VND50,000 (tidak termasuk bank fee di Malaysia)

Denominasi 500k dengan 20K dan 100k dengan 10K nampak lebih kurang sama

Penginapan
Agoda selalu menjadi pilihan pertama saya kerja biasanya lebih murah berbanding Booking.com (sebenarnya kepunyaan syarikat yang sama) dan ada mata kredit.Saya dapati kebanyakan hotel 3 bintang menyediakan penginapan yang baik malah melebihi standard hotel 4 bintang di Malaysia. Harganya pula adalah lebih murah.
Teknik memilih, saya selalu susun mengikut customer review and filter hotel 1,4 dan 5 bintang, Sek kan user review kepada 7+ kerana hotel2 begini memberikan kemudahan yang selesa.
Kemudian pastikan ianya di lokasi yang baik dengan mengambil kira kemudahan pengangkutan, akses, tempat makan atau kedai berhampiran. Kalau dalam kawasan berjalan kaki adalah lebih baik. Semua ini boleh di lihat di ruangan User Review di Agoda ataupun Booking.com
Seterusnya baca review  yang terkini kerana kadanglah walaupun skor nya baik, tetapi mungkin pada masa itu ianya sedang dibaikpulih, masalah air dan sebagainya.
Kalau kita memilih utk menginap selama 3 hari, sebaik baik nya pecahkan tempahan anda kepada satu hari kerana harga dipukal berdasarkan harga tertinggi harian.

Da Nang.
Da Nang merupakan sebuah bandar tepi pantai yang pesat membanngun. Terletak di bahagian utara Vietnam ianya suatu masa dulu adalah antara kem tentera Amerika yang terbesar semasa perang vietnam.Bagi pengunjung Malaysia Da Nang bukanlah merupakan destinasi yang menarik melainkan pantainya dengan ombak besar yang bergelora. Jadi apa yang menariknya di Da Nang ini? Kami menetap di hotel Area 1 Danang yang terletak di tepi pantai My Khe Beach. Ianya lebih mudah bagi kami ke destinasi seterusnya Hue City sebuah bandar bersejarah dengan menggunakan keretapi. Dari Airport kami terus ke Chu Hotel , di Bac Ma Ang Beach, Da Nang yang terletak lebih kurang 10-15 minit perjalanan menggunakan Teksi.

Pengangkutan
Pastikan gunakan Teksi My Linh atau Vina Sun yang pastinya lebih berdisiplin menggunakan meter. Prestasi teksi disini jauh lebih buruk daripada KL jadi pastikan mereka menggunakan meter dan itupun kalau mereka dan bawa Le Tour De Danang huhu. Tambang ke bandar adalah lebih kurang VND80,000 -100,000 (RM30) tidak termasuk airport parking fee VD10,000. Terdapat kaunter teksi di bahagian luar bangunan airport, beliau akan menulis destinasi anda di atas kertas dan itupun pastikan pemandu gunakan meter. Kami memilih Hotel Chu yang terletak di tepi pantai, berbanding hotel hotel di dalam bandar. Bagi mereka yang tidak banyak masa sebaik baiknya terus ke Hoi An, kadar teksi adalah lebih jauh iaitu VND350,000-500,000 .... atau jika seorang dua gunakan shuttle bus dengan 45-60 minit perjalanan. Tambang sehala adalah VND120,000. Kami menggunakan shuttle bus dari Hotel kami di Danang ke Hoi Ann dengan kadar 120,000 (shuttle daripada airport sebenarnya dan ia diuruskan melalui hotel kami)
Menunggu Teksi di Hujung Kanan (gambar)

























Danang ke Hoi An Shuttle bus (kadar sehala VND110,000 - 2014)

Kami selalu gunakan waze atau google map dan tunjukkan destinasi kepada pemandu teksi untuk memastikan laluan adalah yang betul, sekurang kurangnya dia tahu kami menggunakan GPS. Tekis Vietnam memang terkenal dengan muslihat nya

















Hoi An
Terletak kira kira 30km di selatan, Bandar Hoi An merupakan satu destinasi pelancongan yang amat menarik. Bandar ini adalah sebuah bandar tua yang terkenal dengan terusan airnya dan juga bangunan lama seperti di Melaka. Malah saya rasa ia lebih cantik lagi. Kalau yang dah pernah pergi Amsterdam ia dikatakan sebagai Amterdam of Asia.Hoi Saya kategorikan ianya sebagai `must visit'. Ia nya sebaiknya dilawati pada waktu petang dan semestinya pada sebelah malam kerana sungainya diterangi dengan lilin.


Hoi An pada waktu malam, memang cantik dan unik


Pekan bersejarah Hoi An, juga terkenal dengan destinasi penggambaran wedding photo
Photo credit http://offshegoes.com/photo-focus-hoi-an-vietnam/
Semasa di Hoi An kami menginap di Hotel 2 bintang di Nova Villa Hoi An (Customer review 9.3) terletak betul betul tepi sungai di Old Quarter. Harga sekitar RM90-120 semalam (

Dari Hoi Ann destinasi seterusnya adalah ke Hue, sebuah kota lama yang pernah menjadi ibu negeri Vietnam pada awal abad ke 13. Anda boleh menggunakan bas ekspress ke Hoi An dengan harga yang murah USD15. Pastikan pilih sleeper bus (baring-lihat gambar)

Makanan Halal
Di Vietnam tengah dan utara makan halal memang susah nak cari tapi ada. Google adalah panduan yang paling baik :). Kalau yang tak biasa ...contoh search : muslim Halal food "da Nang" 2014 . Kalau di Hoi An, Muslim Halal Food "hoi An" 2015

Tapi untuk dapat maklumat yang lebih terkini dan komen pengguna saya tambah perkataan "forum" ataupun tripadvisor. Biasanya di tripadvisor ada banyak komen komen pengguna.

Antara blog  berkenaan makan halal di vietnam adalah :
http://gohalalvietnam.com/about-gohalalvietnam/
http://www.vietnammuslimtour.net/halal-food

Saya selalunya gunakan http ibrahim makanan dalam tin dot com dan mee maggy dot com :)

Da Nang ke Hue (next episode)

Kami sebaliknya menggunakan keretapi dari Da Nang ke Hue, yang saya rasakan pengalaman yang cukup menarik. Rujuk blog berikutnya:

Hoi Ann - Balik ke Da Nang
Da Nang - Hue (keretapi rakyat/pagi) - 1 malam di Hue
Hue - Hanoi - Keretapi malam (kabin bilik tidor)
Hanoi - Hua Long Bay (1 malam di Ha Long)
Hanoi - Sapa (keretapi malam - kabin tidor)
Sapa- Hanoi (1 mlm di Sapa)

Bagi mereka yang bercadang bercuti ke utara Vietnam, di bawah adalah panduan itinerari dan ini adalah jumlah hari minima bagi melawat tempat tempat berkenaan atau sangat subjektif :)

CADANGAN 1
Hari 1 : KL-Danang (pagi/thari) - Pilihan 1 (Menginap di Da Nang dan day trip ke Hoi An)
Hari 2 : Bersiar di Pantai Danang
             Day trip ke Hoi Ann dan balik ke Da Nang pada jam 10.00mlm (shuttle bus)

CADANGAN
Hari 1 : KL- Danang dan terus ambil shuttle bus ke Hoi Ann (Pastikan menginap di kawasan Old Quarter /berhampiran Sungai)
Hari 2 : City Tour

Hari 3 : Hue ke stesen keretapi Da Nang (ambil shutte bus turun di bandar/Teksi ke Stesen Keretapi
             Naik Keretapi Siang ke Hue (pastikan tingkap di sebelah kanan kerana lautan di sebelah      kanan)
             Keretapi jam 12.46 thari. Tiket boleh di beli semasa di stesen atau tempah melalui hotel (ada caj)

Hari 4 : Bermalam di Hue
Hari 5:  City Tour dan ambil keretapi malam ke Hanoi
Hari 6 : Free & Easy - City Tour
Hari 7 : Bermalam di Halong Bay
Hari 8 : Kembali ke Hanoi dan ambik keretapi malam ke Sapa
Hari 9 : Trekking di Sapa /bermalam di Sapa
Hari 10: Bus ke Hanoi atau keretapi malam ke Hanoi
Hari 11: Free and easy Hanoi
Hari 11/12: Pulang